untitled

DLS Computer STUDIO Langkawi www.dlscomputerstudio.com

 

A member of DLanguage STUDIO

HOME  |   BLOG   |   ABOUT   |   PROGRAM   |   CLIENT  |  CONTACT  ACTIVITY

About us 

Your success is our ultimate goal 

Semenjak tahun 2001 kelas komputer KEMAS Langkawi telah melahirkan ramai peserta kursus yang berkebolehan didalam bidang IT dari kalangan pelajar sekolah dan dewasa termasuk daripada kanak-kanak TABIKA yang mengikuti kelas khas (asas) di TABIKA-TABIKA KEMAS. 

Kemudahan yang disediakan di sini adalah lengkap dengan peralatan komputer dan mini perpustakaan yang menyediakan buku-buku rujukan komputer.

Setiap peserta akan mengendalikan sebuah komputer bagi sessi pembelajaran dan diberi bimbingan oleh guru yang terlatih dengan dibantu oleh beberapa orang pembantu pengajar.

Mata pelajaran yang diajar pada peringkat permulaan adalah asas Microsoft Windows, (Word, Excel, PowerPoint dan Internet). Microsoft Access,  Photoshop, Dreamweaver dan lain-lain akan diajar setelah pelajar dapat menguasai kaedah-kaedah yang terdapat di dalam mata pelajaran asas.


OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan dan bimbingan kepada masyarakat mengenai komputer dan teknologi maklumat.
  2. Menyediakan kemudahan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas komputer dengan kadar bayaran yang murah dan berpatutan.
  3. Mempertingkatkan kemahiran dan pengtahuan ICT.


Tenaga Pengajar

  1. Pemaju Masyarakat Pusat Literasi Komputer terdiri daripada mereka yang telah diberi kursus atau latihan asas dalam bidang komputer.
  2. Kelulusan akedemik sekurang-kurangya SPM
  3. Mereka diberikan latihan dalam perkhidmatan, kepimpinan dan kemahiran dari masa kesemasa. 

Penglibatan masyarakat

  1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ahli jawatankuasa seramai 5 hingga 7 orang dimana Pemaju Masyarakat menjadi Bendahari, Setiausaha dan Pengurusi terdiri daripada kalangan masyarakat.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Kelas Pendidikan Literasi Komputer akan diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

Jaminan Keselesaan.

Kelas akan diadakan di dalam suasana yang tenang dan ceria dengan tenaga pengajar yang peramah dan berdedikasi. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan nota pelajaran, buku nota, CD rujukan dan lain-lain kemudahan.

Our Affiliates : DLanguage STUDIO Langkawi , DLS Mandarin STUDIO

 

Copyright reserved DLS Computer Studio 2007


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com